20 Julai 2010

TEMBIKAR- Pengenalan, Jenis-jenis Tembikar

PENGENALAN:
Hasil seni yang melibatkan kemahiran ‘pandai tangan’
Pada zaman dahulu, seni kraf dihasilkan untuk kegunaan harian seperti  tembikar, ukiran dan sebagainya . Kraf tradisional ini  juga merupakan barangan sejarah yang menjadi artifak  dalam mengkaji tamadun manusia
Kini, kraf bukan saja digunakan sebagai barangan keperluan harian tetapi juga sebagai bahan yang mempunyai nilai estetika untuk kegunaan lain seperti hiasan, fesyen dan sebagainya.

TEMBIKAR ialah hasil kraf yang diperbuat daripada tanah liat.
Cara penghasilan berbeza mengikut kawasan iaitu :
Pulau Tiga dan Sayong, Perak
Mambong, Kelantan
Kuching, Sarawak

JENIS DAN BENTUK TEMBIKAR juga bergantung kepada:
Kegunaan dan fungsinya.
Jenis-jenis tembikar
Alat dan bahan
Proses penyediaan tanah liat
Proses membentuk tembikar cara tradisional
Teknik membentuk tembikar
Motif dan ragam hias
 
JENIS-JENIS TEMBIKAR:
    a.  Geluk
    b.  Buyung
    c.  Jambangan
    d.  Labu
    e.  Bekas bara / bekas perasapan
    f.   Bekas menakung air
    g.  Terenang
    h.  Tembikar mambong
    i.   Tembikar Sarawak
GELUK
Fungsi: Bekas air
Ciri-ciri : Ragam hias daripada motif yang ringkas dan kecil


BUYUNG
Fungsi : Bekas air
Ciri-ciri : Mempunyai leher dan badan, Saiz besar, Badan berbentuk bulat penuh, Permukaan licin tanpa dihias.



JAMBANGAN
Fungsi : Meletak bunga
Ciri-ciri : Badan berbentuk labu yang ditinggikan

LABU
Fungsi: Bekas air
Ciri-ciri: Berbentuk buah labu, Corak alam sekeliling dan geometri,banyak terdapat di Perak.


BEKAS BARA / BEKAS PERASAPAN
Fungsi: Membakar kemenyan
Ciri-ciri: Digunakan dalam upacara tertentu seperti pengubatan dan kematian


BEKAS PEREMBUNAN
Fungsi: menakung air embun
Ciri-ciri: Berbentuk seperti batil ,bahagian keliling diikat tali penyangkut ,permukaan dicat merah atau putih

TERENANG
Fungsi: bekas air tertutup
Ciri-ciri: Corak motif flora dan fauna, diusahakan di Kampung Pasir Durian, Pahang

TEMBIKAR MAMBONG
Fungsi: peralatan dapur seperti periuk, belanga dan sebagainya
Ciri-ciri: berasal dari Kampung Mambong, Kelantan,tiada corak / corak mudah

TEMBIKAR SARAWAK
Fungsi: menyimpan barang berharga, mengisi tuak atau jambangan bunga
Ciri-ciri: Corak motif tempatan ,Tembikar tradisional berbentuk tempayan ukir dengan hiasan kepala naga ,berwarna, bergerlis.

2 ulasan:

Fairus Bin Mamat berkata...

TERIMA KASIH DI ATAS INFO INI. SANGAT BERGUNA.

Fairus Bin Mamat berkata...

TENGAH DUK MENCARI MAKLUMAT PASAL PERALATAN TEMBAGA DAN TEMBIKAR.. :)