01 Julai 2010

SENI HALUS : LUKISAN (DRAWING)

LUKISAN 
 
Lukisan ialah satu bentuk gambaran di atas permukaan rata yang menggabungkan garisan dan ton warna. Lukisan merupakan lakaran awal  dalam menghasilkan karya seni visual yang lain. Lukisan tidak menggunakan banyak warna dan biasanya menggunakan media kering seperti pensil, pen,  pensil warna, berus dan dakwat.

Alat dan bahan untuk melukis
Pensil
 Arang

 Pastel

 Krayon

 Berus, pen dan dakwat

 Pemati warna

 Pisau

Sesetengah orang melukis mungkin kerana ingin menyatakan sesuatu yang bermain dalam minda dan  melalui perasaan dalaman untuk diluahkan. Disiplin seni memerlukan seseorang mengawal tiga nilai yang melibatkan daya menterjemah secara visual, mosi dan estetik. Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman).

Terdapat beberapa teknik kita boleh melukis antaranya :

 
Teknik burnishing
Teknik garisan beralun
Teknik garisan selari

Teknik Garisan silang
Teknik Gosokan

 Teknik Lorekan
Teknik Titikan

Teknik Campuran


GALERI KARYA LUKISAN:



 Aktiviti Seni Visual: Hasilkan satu lukisan pensil tentang peralatan yang kamu gunakan untuk pergi ke sekolah.

Tiada ulasan: