12 Julai 2012

CONTOH KERJA KURSUS KRSV SPM 2012 : CORAK KASUT KANVAS

Di bawah adalah tajuk Kerja Kursus PSV (KRSV) SPM 2012.Soalan nombor satu tajuk paling bayak diambil oleh pelajar.
Ada dua peringkat dalam penghasilan Kerja Kursus ini.
PERINGKAT 1 : MENGHASILKAN PORTFOLIO
Langkah 1 : Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas :
Kumpul gambar-gambar berkaitan dengan kasut kanvas melalui Surat Khabar, majalah dan internet. Bahagian ini sekurang-kurangnya dua muka surat.
Contoh:






















Langkah 2 : Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.
Kumpul gambar-gambar berkaitan dengan hidupan laut atau marin melalui Surat Khabar, majalah dan internet. Bahagian ini sekurang-kurangnya dua muka surat.
Contoh :





















Langkah 3 : Lakaran reka bentuk kasut kanvas.
Buat beberapa lakaran reka bentuk kasut kanvas yang akan anda hasilkan.  Boleh dilakar sepasang atau sebelah kasut sahaja. Sekurang-kurangnya empat lakaran menggunakan pensel, pen atau komputer.
Contoh:

Langkah 4 : Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.
Berdasarkan koleksi gambar hidupan laut, pilih satu atau lebih hidupan laut tersebut. Lukis hidupan laut tersebut.
Contoh:
 Langkah 5 : Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin.
Buat olahan idea berdasarkan hidupan laut yang anda pilih. Olah menjadi corak yang baru. Susunan corak boleh dibuat berdasarkan susunan formal atau tidak. Corak ini sama ada dibuat pada bahagian hidupan laut atau rupa bentuk hidupan tersebut. Sekurang-kurangnya empat lakaran olahan.
Contoh :


 
Langkah 6: Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.
Pilih olahan corak hidupan laut pada langkah 5, lukis rupa kasut anda  atau secara hamparan kasut , kemudian letakkan olahan corak tadi pada bahagian kasut yang sesuai. Sekurang-kurangnya 4 reka letak corak.

Langkah 7 : Kajian warna pada reka letak.
Pilih reka letak corak terbaik pada langkah 6. Kemudian buat kajian warna. Sekurang-kurangnya 4 kajian warna.

Langkah 8 : Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
Lukis reka corak kasut yang telah siap dari 3 sudut pandangan berbeza. Satu cara, ambil gambar kasut yang siap diwarna  dari 3 sudut pandangan berbeza. Kemudian tekap gambar itu dan lukis.
Contoh gambar ini.

 Sudut pandangan dari tepi kasut.



 Sudut pandangan dari belakang kasut.


























Sudut pandangan dari hadapan kasut.

Langkah 9 : Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar
Contoh penggunaan kasut.




























Langkah 10 : Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
Lukis peralatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan reka corak pada kasut.
Contoh :
Langkah 11 : Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Anda boleh melukis atau mengambil gambar semasa proses menghasilkan reka corak pada kasut:
Contoh:




































Tamat proses menghasilkan Portfolio.


PERINGKAT KEDUA :  
MENGHASILKAN REKA CORAK HIDUPAN PADA KASUT KANVAS.
Pada peringkat ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam portfolio di atas.
Contoh gambar-gambar semasa peringkat ini.