12 November 2010

14 Oktober 2010

29 September 2010

PEMBUNGKUSAN

PENGENALAN
Industri pembungkusan yang ada pada hari ini telah melalui perkembangan sejak beberapa kurun. Setiap barangan yang dibeli pada masa kini telah dibungkus untuk memelihara kesegaran, mengelak pencemaran atau melindunginya daripada kerosakan. Semenjak zaman prasejarah lagi, manusia memerlukan bekas untuk menyimpan lebihan makanan.

PEMBUNGKUSAN TRADISIONAL
Golongan wanita di kebanyakan Negara terlibat dalam bidang pengeluaran, pemprosessan dan penjualan makanan sebagai punca pendapatan. Bidang ini dibahagikan kepada dua , iaitu pembungkusan untuk dijual sendiri di pasaran tempatan atau menghasilkannya untuk dipasarkan di kedai-kedai kecil. Pembungkusan makanan amat penting untuk mendapatkan keuntungan di samping menggelakkan kerugian.

JENIS PEMBUNGKUSAN MAKANAN TRADISIONAL
Terdapat pelbagai jenis system pembungkusan makanan tradisional. Antaranya ialah:
1. Bahan berasaskan tumbuhan
    a. Daun kelapa untuk membungkus nasi atau dipanggil ketupat
    b. Daun palas untuk membungkus ketupat pulut atau nasi tapai
    c. Daun pisang untuk membungkus nasi lemak dan kuih-muih
    d. Daun pandan atau mengkuang digunakan sebagai bekas mengisi dodol
    e. Daun getah digunakan untuk membungkus tapai
    f. Daun ketapang untuk membungkus tempe
    g. Buluh untuk menyimpan air atau makanan
    h. Daun nipah muda untuk membuat ketupat, kuih selorot, kuih kapal
2. Bekas daripada organ haiwan seperti kulit kambing sesuai untuk menyimpan air minuman.
3. Bekas yang diperbuat daripada kayu digunakan menyimpan bijiranseperti kepuk padi.
4. Tanah liat yang dijadikan tempayan sesuai untuk menyimpan air dan makanan seperti budu, pekasam dan jeruk sayuran.




PEMBUNGKUSAN MODEN

JENIS BARANGAN
Barangan yang perlu dibungkus boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Barangan cecair dan krim- minuman, minyak, cecair pencuci dan ubat-ubatan.
2. Barangan serbuk – talkum, susu, serbuk pencuci, tepung dll.
3. Barangan bijiran – beras, jagung, produk pertanian dll.
4. Barangan lembut – pakaian, kosmetik, dll.
5. Barangan keras – peralatan elektrik, alat pertukangan, mesin dll.

JENIS PEMBUNGKUSAN
Terdapat pelbagai jenis pembungkusan di pasaran iaitu:
1. Pembungkusan kertas.
2. Pembungkusan aluminium (keluli dan aluminium foil)
3. Pembungkusan kaca.
4. Pembungkusan plastic – boleh menyerap hentakan atau gegaran semasa proses penghantaran, melindungi produk daripada geseran permukaan dan menyahkan udara dalam pembungkusan.
5. Pembungkusan polisterin.

KEPENTINGAN PEMBUNGKUSAN
Antara kepentingan sesebuah pembungkusan pembungkusan ialah:
1. Mudah dibawa.
2. Menjaga kebersihan produk, terutama makanan.
3. mengawal keselamatan dan fizikal barangan daripada rosak atau pecah semasa penghantaran.
4. Memudahkan penyetoran atau penyimpanan produk.
5. Memberi maklumat produk kepada pembeli dan pengguna.
6. Memelihara mutu produk.

PRINSIP ASAS PEMBUNGKUSAN
1. Bentuk dan jenis pembungkusan – berdasarkan kesesuaian barangan atau produk
2. Rekaan Ilustrasi atau gambar Foto – mestilah menarik perhatian pembeli
3. Penentuan warna – amat penting dalam pembungkusan untuk menarik perhatian pengguna. Sesetengah pengeluar barangan menjadikan warna sebagai identity produk mereka.
4. Pemilihan Muka Taip – elemen penting dalam promosi barangan.
5. Gubahan Reka Letak – bergantung kepada jenis pembungkusan.

MAKLUMAT PADA PEMBUNGKUSAN
1. Nama pengeluar atau syarikat
2. Jenama Barangan
3. Ilustrasi atau gambar foto yang berkaitan dengan baranagan
4. Berat bersih
5. isi kandungan bahan
6. Tarikh Luput

Pembungkusan  Makanan dan Minuman – kandungan bahan, tarikh luput dan status makanan itu sama ada halal.

Pembungkusan Ubatan dan Kosmetik – memaparkan maklumat tentang bahan kimia yang digunakan kesesuaian bahan untuk kelompok pengguna.

Pembungkusan Alat Permainan – cara pemasangan, aturan permainan, aspek keselamatan  dan tahap umur yang sesuai untuk permainan tersebut.

Pembungkusan Barangan Elektrik – jumlah kuasa watt dan kelulusan SIRIM.

Pembungkusan Barangan Kaca – symbol gelas pecah (Fragile), dibalut dengan palstik yang mempunyai gelembung udara.

PAPAN PAMER PEMBUNGKUSAN
Bungkusan produk akan lebih menarik perhatian pembeli jika bungkusan itu dipamerkan dengan kemas dan tersusun. Selain untuk menarik pembeli, ia bertujuan untuk memudahkan pengguna meneliti sesuatu produk tersebut.

14 September 2010

TEMBIKAR : Fungsi tembikar zaman dahulu

Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan  harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakatperibumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.


Kegunaan Dulu

a)Alatan memasak

Manusia Zaman Batu Pertengahan iaitu Mesolitik atau dikenali sebagai Zaman Hoabinh wujud pada sekitar 11 000 tahun dahulu. Masyarakat zaman ini mula mencipta alat tembikar daripada tanah liat.


Masyarakat Zaman Mesolitik ini tinggal di gua batu kapur seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan  tepi laut seperti Jenderam Hilir di Selangor. Masyarakat pada zaman ini menukar barangan  tembikar sebagai salah satu kegiatan harian mereka.

Pada Zaman Neolitik yang wujud kira-kira 5 000 tahun dahulu, orang Neolitik mengalami cara  hidup yang lebih teratur. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan GuaMenteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis. Pada zaman ini terciptanya alat-alat tembikar seperti periuk, belanga dan bekas air yang dihiasai ukiran. Masyarakat Neolitik menggunakan alat-alat daripada tembikar di dalam kehidupan seharian  mereka. Penyelidikan ilmiah telah dibuat oleh ahli kaji purba di beberapa tempat di Pahang Darul Makmur seperti Kota Tongkat di Jerantut, Gua Kecil di Raub, Sungai Selinsing, Sungai Tembeling dan  beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan mendiami negeri Pahang Darul
Makmur dan tinggal di gua batu dan gunung-ganang. Manusia zaman batu adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Manusia Melayu Proto mendiami Semenanjung Malaysia dan pulau Nusantara dalam lingkungan3 000 atau 2 000 tahun sebelum Masehi. Serpihan tembikar yang dipercayai oleh ahli sejarah digunakan sebagai alatan memasak masyarakat pada zaman itu telah ditemui di kawasan ini.

b) Ritual atau Keagamaan

Seramik terawal yang dijumpai dan digali di bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk  bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana.

 

Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia, simati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat. Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya
 dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk  dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut. Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan teksturnya.

c) Candi
Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil di Sungai Petani, Kedah. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil. Dr. Lamb berpendapat pemujaan di situ adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh  ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-sisa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai
 melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk  menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitannya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang di tengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu.


Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang  terdapat memberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah  tidak boleh dibawa pulang ke muzium.

d) Perhiasan diri

Anting-anting
Pada Zaman Batu Baru (Neolitik) yang wujud 5 000 tahun dahulu, mereka mula membuat alat perhiasan diri seperti gelang tangan. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha  dan Gua Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis.

31 Ogos 2010

TENUNAN : Songket Dimensi Baru

Songket pada pagi lebaran






KEGEMILANGAN pemakaian songket tidak lagi terhad untuk golongan bangsawan atau kerabat diraja seperti zaman dahulu. 

Kini, penggunaan songket dilihat sudah semakin meluas malah, dengan corak kontemporari, songket mahu diangkat menjadi fabrik yang boleh digayakan untuk pelbagai acara.

Namun, ternyata songket tempatan tidak bertemu dengan jalan yang begitu mudah. Perlu bangkit daripada larut ditelan zaman kerana diasak dek fabrik-fabrik moden, kehadiran songket import baik dari Indonesia atau India hampir membunuh industri songket negara.

Mujur kesungguhan beberapa agensi seperti Karyaneka yang tidak lekang dengan pelbagai usaha menggerakkan kebangkitan tenunan songket tempatan memberi nafas baru untuk industri songket.

Yang pasti, seperti mana berjayanya batik menembusi pasaran dunia, songket juga mahu mengikut jejak langkah yang sama.

"Kini sudah tiba masanya untuk setiap orang memiliki koleksi tenunan songket. Lebih meriah sekiranya dapat memakai songket secara beramai-ramai terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri.

"Apatah lagi, hakikatnya songket tempatan lebih bermutu tinggi berbanding songket Indonesia atau India," ujar isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais semasa Majlis Peragaan Fesyen Koleksi Aidilfitri Karyaneka.



ANGGUN mengenakan baju kurung dengan tenunan songket benang emas bersama tas tangan fabrik yang sama.



Nafas baru songket

Peragaan yang julung kali diadakan itu, berjaya memukau para tetamu yang hadir apabila fabrik turun temurun tersebut dizahirkan penuh mempesona dengan gaya moden.

Bersesuaian dengan keinginan golongan muda masa kini, majlis itu menampilkan lebih 40 pasang busana tekstil tradisional pelbagai rekaan menakjubkan.

Selain busana songket, turut disertakan dalam koleksi fesyen Aidilfitri sentuhan pereka terkenal, Datin Sharifah Kirana itu, ialah busana daripada fabrik batik.

Umumnya songket terbahagi kepada empat bahagian iaitu badan, kepala, kapit dan kaki kain. Pada setiap bahagian itu ia akan dihiasi dengan motif-motif tertentu. 

Kepala kain biasanya dihiasi dengan motif pucuk rebung atau lawi ayam manakala badan kain dihiasi dengan motif bunga pecah lapan, tampuk manggis atau bunga kesemak yang diragam hias dengan teluk berantai.

Motif sulur bayung pula biasanya dikenakan untuk bahagian kapit dan kaki kain.
Terdapat lebih daripada 20 jenis bunga dan daun serta 10 jenis unggas yang menjadi sumber bagi menghias songket.

Kerana kekayaan fabrik tradisional negara itu, tidak hairanlah model-model tampil penuh bergaya di pentas peragaan. 

Dimulakan dengan pertunjukan sepasang kebaya Nyonya yang diilham bersama kain pario batik, ia tampak elegan apatah lagi dilengkapkan dengan selendang senada warna.

FABRIK batik yang ditatahkan dengan labuci dan manik terutamanya pada bahagian leher dan dada menyerlahkan gaya si pemakai.


Mempelbagaikan fabrik songket termasuk ke atas aksesori, ramai yang memuji apabila model tampil menjinjing tas tangan menggunakan fabrik itu.
Bagi yang ingin kelainan pada lebaran ini, ia pastinya persalinan ideal yang lari daripada stereotaip busana biasa Aidilfitri.

Yang pasti, fesyen baju kurung kain pesak dengan leher tulang belut yang menggunakan songket bunga tabur antara yang paling mendapat perhatian.

Busana eksklusif

Menurut Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd., Zuraidah Abdul Razak, koleksi hari raya yang dipamerkan cukup istimewa kepada peminat songket dan batik. 

"Sebenarnya pasaran batik dan songket hari ini telah melalui fasa revolusi yang amat mendadak. Kita di Karyaneka berusaha untuk menonjolkan kepelbagaian batik dan songket agar boleh digunakan secara versatil dan kontemporari," terangnya.

SEORANG petugas Kraftangan membuat demonstrasi pembuatan songket di Kompleks Kraftangan Jalan Conlay.


Berbeza dengan rekaan busana lain, ujar Sharifah Kirana, koleksi Hari Raya Aidilfitri Butik Karyaneka boleh dianggap berstatus busana yang eksklusif.

"Hanya dihasilkan sepasang sahaja, anda tidak akan bertemu dengan orang lain yang mengenakan busana yang sama. 

"Siapa cepat dia dapat, itulah yang menambahkan lagi nilai koleksi busana songket dan batik Karyaneka," ungkap ringkas Sharifah Kirana sambil sibuk melayan tetamu yang ingin membeli busana rekaannya.

Bermotifkan corak flora dan fauna, Sharifah Kirana menggunakan kombinasi fabrik seperti sutera sifon, sutera satin, organza dan renda menambahkan nuansa gaya pada rekaannya.-Dipetik dari Kosmo.

29 Ogos 2010

Contoh-contoh catan konsep moden

Painting - paintings by
paintings
Painting
Painting - untite by
untite
Painting
Painting - Horacio Molina Art by
Horacio Molina Art
Painting
Painting - blah by
blah
Painting
Painting - Painting by
Painting
Painting
Painting - audrey hupburn simpson by
audrey hupburn...
Painting
Painting - Canvas 3 by
Canvas 3
Painting
Painting - Canvas by
Canvas
Painting
Painting - Illustrations by
Illustrations
Painting
Painting - Food & Agriculture by
Food & Agriculture
Painting
Painting - Paintings by
Paintings
Painting
Painting - painting drawings by
painting drawings
Painting
Painting - Four angels by
Four angels
Painting
Painting - subliminal healing  by
subliminal healing
Painting
Painting - clothes by
clothes
Painting
Painting - PAINTINGS by
PAINTINGS
Painting
Painting - finr art by
finr art
Painting
Painting - untitled for now. by
untitled for now.
Painting
Painting - Paintings by
Paintings
Painting
Painting - Landscape by
Landscape
Painting
Painting - Masks by
Masks
Painting
Painting - Bus Paintings 2010 by
Bus Paintings 2010
Painting
Painting - My Notebook by
My Notebook
Painting
Painting - adventure in watercolour by
adventure in...
Painting
Painting - a whole new world by
a whole new world
Painting
Painting - Four Years' Growth by
Four Years' Growth
Painting
Painting - Join the little babes by
Join the little...
Painting
Painting - random by
random
Painting
Painting - robots by
robots
Painting
Painting - Nemev-314 by
Nemev-314
Painting
Painting - Bella by
Bella
Painting
Painting - Mayo,Ketchup and Mustard by
Mayo,Ketchup and...
Painting
Painting - Teoria de el Caos by
Teoria de el Caos
Painting
Painting - Universal Lines by
Universal Lines
Painting
Painting - Anima-1 by
Anima-1
Painting

JULIO AND THE SEX!
Painting
Painting - sky lip high by
sky lip high

Painting
Painting - PEACE:) by
PEACE:)
Painting
Painting - bandSk8 by
bandSk8
Painting
Painting - Paintings and Drawings by
Paintings and...
Painting
Painting - Clinton by
Clinton
Painting
Painting - Beatles on my wall by
Beatles on my wall
Painting
Painting - death of beauty by
death of beauty
Painting
Painting - Paint pep by
Paint pep

Painting
Painting - SUMMER PAINTINGS by
SUMMER PAINTINGS
Painting
Painting - Truth Within  by
Truth Within
Painting
Painting - oil on canvas by
oil on canvas
Painting
Painting - W. Guthrie - Cali Stars by
W. Guthrie - Cali...
Painting
Painting - PAINT by
PAINT
Painting
Painting - Cartoon X by
Cartoon X
Painting
Painting - GaGa Ooh La La by
GaGa Ooh La La
Painting
Painting - dada's paintings by
dada's paintings
Painting
Painting - Beard Spirit by
Beard Spirit
Painting
Painting - Jackalope 2 by
Jackalope 2
Painting
Painting - Figure Paintings by
Figure Paintings
Painting
Painting - AFP by
AFP
Painting
Painting - This Place by
This Place
Painting
Painting - Two feet  by
Two feet
Painting