11 Julai 2010

REKA BENTUK GRAFIK

1. Reka bentuk Grafik (RGB) ialah merupakan satu proses seni yang menggabungkan TEKS dan GRAFIK.
2. Gabungan teks dan grafik ini boleh dilihat melalui rekaan logo, grafik, risalah, bulletin, poster, papan tanda dan pelbagai lagi rekaan komunikasi visual.
3. GRAFIK pula merujuk hasil karya lukisan, carta, graf, poster dan kartun yang digunakan untuk menyampaikan mesej atau idea kepada penonton.
4. Istilah grafik berasal dari perkataan Greek iaitu Graphikos’ yang bermaksud ‘lukisan atau catan’. Graphein pula bermakna untuk ‘menulis atau melambangkan penggunaan garisan’.

5.KESIMPULANNYA: GRAFIK ialah kepelbagaian visual bukan unjuran, bahan bukan fotografi, bahan dua dimensi(2-D) yang direka bentuk melalui kombinasi lukisan, perkataan, simbol dan gambar untuk menyampaikan mesej, idea, fakta dan maklumat.

6.PENGGUNAANNYA: Dalam pengiklanan, percetakan, penerbitan dan industri perkomputeran

BIDANG-BIDANG GRAFIK

1.REKA BENTUK KORPORAT
Merujuk ‘indentiti visual’ sesebuah syarikat, organisasi atau institusi.
Rekaannya meliputi logo, kepala surat, kad perniagaan, invois dan lain-lain.

2.REKA BENTUK CETAKAN IKLAN DAN KOMUNIKASI
Menjurus pada rekaan artistic untuk meningkatkan promosi dan peningkatan jualan.
Rekaannya meliputi poster, risalah, bilbod, sepanduk, banting dan lain-lain.

3.REKA BENTUK PENERBITAN UMUM
Merujuk reka bentuk hasil terbitan seperti buku, surat khabar, majalah, jurnal, laporan dan bahan terbitan lain untuk tatapan umum.

4.REKA BENTUK PAPAN TANDA
Meliputi reka bentuk tanda jalan seperti di jalan raya, penanda arah di dalam bangunan.
Rekaan ini khasnya dapat dilihat di hadapan pintu lif, escalator dan di tempat tumpuan ramai.

5.REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN
Merupakan reka bentuk visual untuk membungkus sesuatu bahan atau produk.
Meliputi kotak pembungkusan, botol, tin, plastic, foil aluminium dan lain-lain.

6.REKA BENTUK MEDIA DIGITAL

Meliputi rekaan elektronik, seperti laman WEB, filem, reka bentuk multimedia, animasi digital dan video.




GALERI:

POSTER

ANIMASI

 BANTING

IKLAN


  LOGO

PAPAN TANDA

BILBOD

RISALAH


LAMAN WEB

Tiada ulasan: