01 Julai 2010

UNSUR SENI [Elements of Art] : GARISAN (Line)

1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik.

2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna.

3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri,  
    garisan beralun dan pelbagai lagi.

4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contoh 
    menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.

Rajah : Olahan garisan dengan pelbagai jenis media dan teknik






Contoh Persediaan mengajar untuk tajuk ini:

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL
KELAS                       : TINGKATAN 1
MASA                        : 80 MINIT
TAJUK                       : UNSUR SENI
FOKUS TAJUK         : GARISAN
OBJEKTIF    : Pada akhir pengajaran pembelaran ini pelajar dapat :
1. Memahami tentang jenis-jenis garisan.
2. Menghasilkan olahan garisan dengan pelbagai media dan teknik.
3. Menghargai keindahan alam semula.

Langkah-langkah pengajaran pembelajaran seni visual.
1. Guru memperkenalkan tentang jenis-jenis  garisan. - tayangan slaid/kad imbasan.
2. Pelajar memberi contoh-contoh lain tentang jenis-jenis garisan.
3. Guru seterusnya menunjukkan tentang tata cara menghasilkan olahan garisan dengan pelbagai alat dan media.
4. Latihan amali pelajar/aktiviti seni visual : menghasilkan Olahan garisan.
5. Apresiasi seni visual, persediaan untuk pelajaran akan datang.

Catatan Guru : 


GALERI : Karya seni visual menggunakan garisan 







Tiada ulasan: