12 Julai 2010

UNSUR SENI [Elements Of Art] : JALINAN (Texture)

Jalinan ialah sifat permukaan sesuatu objek yang boleh dikesan secara  penglihatan (tampak) atau sentuhan.

Jenis-jenis jalinan :

Jalinan Sentuh: Merupakan kesan ke atas permukaan yang dapat dirasai   melalui deria sentuhan.


Contohnya seperti permukaan tayar kereta, permaidani, tekat timbul, tapak kasut,  kulit buah durian, kulit
 kayu, bola sepak takraw,  dan sebagainya.

Jalinan Tampak : Kesan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai  secara sentuhan. Jalinan ini  boleh dilihat secara ilusi pada alam benda dan   juga pada karya seni. Contohnya seperti permukaan corak kertas pembalut hadiah, permukaan  batu marmar yang licin, kulit buah tembikai, gambar-gambar foto,kulit durian dalam lukisan dan sebagainya.

Sifat jalinan:   
     Kasar – kulit ikan pari, kulit kayu
     Lembut – permaidani,
     Tajam – Kulit buah durian
     Halus – Sayap rama-rama, kapas sutera.

Teknik-teknik untuk menghasilkan jalinan

Jalinan Sentuh- kolaj, ukiran kayu, anyaman jahitan, tenunan, ikatan, gosokan, teknik catan,   impasto,

Jalinan Tampak- catan, lukisan, cetakan, tiupan warna, pualaman.



Teknik menghasilkan jalianan dengan menggunakan media: pensel, Pen, Cat air, Cakaran, Impasto, Anyaman
Pualaman, Ikat dan celup, lukis dll.









Contoh-contoh jalinan pada alam sekeliling





 AKTIVITI SENI: JALINAN

Namakan jenis-jenis jalinan di bawah:

Tiada ulasan: