Telah wujud sejak 2000 tahun dahulu
Abad ke-7 : Jepun dan China
Abad ke-15 : Tanah Melayu
1920-an : teknik terap menggunakan blok kayu yang
dicelup dalam pewarna
1930-an : perusahaan batik bermula di Terengganu dan Kelantan
Selepas Perang Dunia Ke-2 : berkembang pesat menjadi industri
Kini : telah menembusi pasaran dunia
JENIS-JENIS BATIK
a. Batik Tulis / Lukis
b. Batik Skrin
c. Batik Pelangi
d. Batik Blok
BATIK TULIS / LUKIS
Teristimewa; batik dan coraknya hanya dihasilkan sekali
Menggunakan canting untuk melakar lilin di atas kain
Corak motif berdasarkan kreativiti pelukis dan permintaan
Kadangkala menggunakan berus untuk menyapu lilin di atas kain
BATIK SKRIN
Berasal dari negara Thai
Dipraktikkan di Kelantan pada kurun ke-20
Kaedah penghasilan mirip kepada percetakan sutera saring yang memerlukan pemidang dan sekuji
Pasaran meluas; boleh menghasilkan bilangan batik yang banyak dengan corak dan motif yang sama
Penghasilan yang lebih mudah
BATIK PELANGI
Dihasilkan tanpa menggunakan lilin
Diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi sewaktu zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793-1808)
Digunakan sebagai tudung dan selempang terutamanya dayang dan inang istana
Tidak sukar dihasilkan; guna teknik ikat dan celup
BATIK BLOK
Dikenali juga batik terap
Menggunakan blok kayu atau tembaga yang telah diukir / dipahat coraknya
Dapat menghasilkan bilangan yang banyak
Lebih banyak menghasilkan kain sarong atau kain pakaian seragam
Sesuai untuk industri besar
BAHAN UTAMA
Pewarna (remazol/primazin)
Soda ash
Sodium silikat (fixer)
Rosin (damar)
Parafin (lilin putih)
BATIK TULIS / LUKIS
Canting / djanting
Berus
Dapur
Nebeng / periuk
Pemidang
Canting : peralatan untuk Batik Lukis
BATIK SKRIN
Skrin / pemidang kayu
Sekuji
BATIK PELANGI
Getah / tali pengikat
Klip / sepit
Batu / guli
BATIK BLOK / TERAP
Blok kayu / tembaga yang telah diukir corak
JENIS TEKNIK
Batik Tulis / Lukis - menggunakan canting
Batik Terap - menggunakan blok
Batik Cetakan - guna pemidang skrin
Batik Pelangi - ikat dan celup
Langkah
1. Regangkan kain pada pemidang kayu
2. Buat lakaran corak dengan pensel pada permukaan kain
3. Panaskan campuran lilin dan buat cantingan
4. Warnakan menggunakan berus lembut
5. Sapukan fixer (pemati warna) pada permukaan kain
6. Rebus kain dengan campuran soda ash
7. Rendam
Batik Blok : Proses mengecap kain
Jenis kain yang digunaka perlu dibasuh dahulu untuk membuang kanji
Batik Lukis : Melakar corak
Batik Lukis : Proses mencanting
dan seterusnya proses mewarna
Kain siap diwarna, perlu direndam dalam sodium silikat(pemati warna)
semalaman dan setelah itu kain direbus untuk menanggalkan kesan lilin
menggunakan debu soda
menjemur kain batik
MOTIF BATIK
Motif batik di Malaysia dipengaruhi oleh alam sekeliling yang diubah menjadi corak menarik. Terbahagi kepada beberapa jenis motif:
1. Motif flora
2. Motif fauna
3. Motif geometri
4. Motif benda, abstrak dan gabungan
MOTIF FLORA
• Motif paling digemari
• Contoh:
– Bunga mangga
– Bunga cempaka
– Akar-akar menjalar
– Daun keladi
– Daun Siti Fatimah
– Pucuk rebung
MOTIF FAUNA
• Sumber fauna seperti haiwan laut, darat dan udara dilakar mengikut kreativiti
• Motif manusia kurang mendapat sambutan
• Contoh
– Burung
– Ayam
– Kupu-kupu
MOTIF GEOMETRI
• Bentuk geometri diubah dalam pelbagai variasi
• Contoh:
– Banji
– Kisi-kisi
– Buntut siput
MOTIF BENDA ABSTRAK
• Motif benda
– Jaring, wau dan sebagainya
• Motif abstrak
– hasil olahan mengikut kreativiti dan imaginasi
• Motif gabungan
– Gabungan 2 atau lebih motif
Petua membasuh
– Gunakan campuran air dengan cuka
– Cuci menggunakan air the untuk menahan warna daripada luntur
– Tidak boleh direndam terlalu lama
- Elakkan daripada menjemur kain di bawah pancaran matahari yang terik
2 ulasan:
alhamdulillah, blog ni memang memberi nota yang padat (disertakan gambar rajah untuk difahami). Terima kasih banyak :)
Alhamdulillah, semuga Allah memberkati hidup anda dan keluarga anda. Industri yang dulunya dirahsiakan teknik sekarang di kongsi untuk perkembangan dan kemajuan bersama terutamanya generasi akan datang. semuga generasi akan datang akan improvise.
Catat Ulasan