07 Ogos 2010

SENI GRAFIK : ILUSTRASI

PENGENALAN: 
Ilustrasi ialah seni yang menggambarkan idea dan kata dalam bentuk gambar. Zamn dahulu ilustrasi digunakan untuk merakamkan lagenda dan peristiwa bersejarah.
Zaman ini, ilustrasi lebih bersifat produk komersil dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan.

FUNGSI ILUSTRASI:
1. Menggambarkan dekoratif atau unsur hiasan.
2. Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci.
3. Menyampaikan komentar atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas.

JENIS-JENIS ILUSTRASI:
1. Ilustrasi Alam - merujuk alam semulajadi seperti pokok, bunga dll.
2. Ilustrasi Haiwan - menunjukkan lakaran jelas bahagian atau segmen badan.
3. Ilustrasi Perubatan - digunakan dalam bidang sains perubatan seperti keratan rentas telinga, mata, forensik dll.
4. Ilustrasi Fesyen - untuk rekaan pakaian, kasut dll.
5. Ilustrasi Teknikal - Lukisan teknikal, lukisan  mekanikal dan reka bentuk berbantukan komputer terutamanya sebagai asas penghasilan ciptaan produk industri.
6. Ilustrasi Maklumat - seperti bentuk rajah, jadual, carta, pelan dan peta.
7. Ilustrasi Perindustrian - merujuk lakaran idea untuk rekaan barangan industri seperti rekaan kereta, perabot, plastik dll.
8. Ilustrasi Penerbitan - merujuk ilustrasi pada kulit serta isi majalah, buku, risalah, surat khabar, kartun, komik dll.


Contoh-contoh Ilustrasi:









































































Tiada ulasan: