29 September 2010

PEMBUNGKUSAN

PENGENALAN
Industri pembungkusan yang ada pada hari ini telah melalui perkembangan sejak beberapa kurun. Setiap barangan yang dibeli pada masa kini telah dibungkus untuk memelihara kesegaran, mengelak pencemaran atau melindunginya daripada kerosakan. Semenjak zaman prasejarah lagi, manusia memerlukan bekas untuk menyimpan lebihan makanan.

PEMBUNGKUSAN TRADISIONAL
Golongan wanita di kebanyakan Negara terlibat dalam bidang pengeluaran, pemprosessan dan penjualan makanan sebagai punca pendapatan. Bidang ini dibahagikan kepada dua , iaitu pembungkusan untuk dijual sendiri di pasaran tempatan atau menghasilkannya untuk dipasarkan di kedai-kedai kecil. Pembungkusan makanan amat penting untuk mendapatkan keuntungan di samping menggelakkan kerugian.

JENIS PEMBUNGKUSAN MAKANAN TRADISIONAL
Terdapat pelbagai jenis system pembungkusan makanan tradisional. Antaranya ialah:
1. Bahan berasaskan tumbuhan
    a. Daun kelapa untuk membungkus nasi atau dipanggil ketupat
    b. Daun palas untuk membungkus ketupat pulut atau nasi tapai
    c. Daun pisang untuk membungkus nasi lemak dan kuih-muih
    d. Daun pandan atau mengkuang digunakan sebagai bekas mengisi dodol
    e. Daun getah digunakan untuk membungkus tapai
    f. Daun ketapang untuk membungkus tempe
    g. Buluh untuk menyimpan air atau makanan
    h. Daun nipah muda untuk membuat ketupat, kuih selorot, kuih kapal
2. Bekas daripada organ haiwan seperti kulit kambing sesuai untuk menyimpan air minuman.
3. Bekas yang diperbuat daripada kayu digunakan menyimpan bijiranseperti kepuk padi.
4. Tanah liat yang dijadikan tempayan sesuai untuk menyimpan air dan makanan seperti budu, pekasam dan jeruk sayuran.




PEMBUNGKUSAN MODEN

JENIS BARANGAN
Barangan yang perlu dibungkus boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Barangan cecair dan krim- minuman, minyak, cecair pencuci dan ubat-ubatan.
2. Barangan serbuk – talkum, susu, serbuk pencuci, tepung dll.
3. Barangan bijiran – beras, jagung, produk pertanian dll.
4. Barangan lembut – pakaian, kosmetik, dll.
5. Barangan keras – peralatan elektrik, alat pertukangan, mesin dll.

JENIS PEMBUNGKUSAN
Terdapat pelbagai jenis pembungkusan di pasaran iaitu:
1. Pembungkusan kertas.
2. Pembungkusan aluminium (keluli dan aluminium foil)
3. Pembungkusan kaca.
4. Pembungkusan plastic – boleh menyerap hentakan atau gegaran semasa proses penghantaran, melindungi produk daripada geseran permukaan dan menyahkan udara dalam pembungkusan.
5. Pembungkusan polisterin.

KEPENTINGAN PEMBUNGKUSAN
Antara kepentingan sesebuah pembungkusan pembungkusan ialah:
1. Mudah dibawa.
2. Menjaga kebersihan produk, terutama makanan.
3. mengawal keselamatan dan fizikal barangan daripada rosak atau pecah semasa penghantaran.
4. Memudahkan penyetoran atau penyimpanan produk.
5. Memberi maklumat produk kepada pembeli dan pengguna.
6. Memelihara mutu produk.

PRINSIP ASAS PEMBUNGKUSAN
1. Bentuk dan jenis pembungkusan – berdasarkan kesesuaian barangan atau produk
2. Rekaan Ilustrasi atau gambar Foto – mestilah menarik perhatian pembeli
3. Penentuan warna – amat penting dalam pembungkusan untuk menarik perhatian pengguna. Sesetengah pengeluar barangan menjadikan warna sebagai identity produk mereka.
4. Pemilihan Muka Taip – elemen penting dalam promosi barangan.
5. Gubahan Reka Letak – bergantung kepada jenis pembungkusan.

MAKLUMAT PADA PEMBUNGKUSAN
1. Nama pengeluar atau syarikat
2. Jenama Barangan
3. Ilustrasi atau gambar foto yang berkaitan dengan baranagan
4. Berat bersih
5. isi kandungan bahan
6. Tarikh Luput

Pembungkusan  Makanan dan Minuman – kandungan bahan, tarikh luput dan status makanan itu sama ada halal.

Pembungkusan Ubatan dan Kosmetik – memaparkan maklumat tentang bahan kimia yang digunakan kesesuaian bahan untuk kelompok pengguna.

Pembungkusan Alat Permainan – cara pemasangan, aturan permainan, aspek keselamatan  dan tahap umur yang sesuai untuk permainan tersebut.

Pembungkusan Barangan Elektrik – jumlah kuasa watt dan kelulusan SIRIM.

Pembungkusan Barangan Kaca – symbol gelas pecah (Fragile), dibalut dengan palstik yang mempunyai gelembung udara.

PAPAN PAMER PEMBUNGKUSAN
Bungkusan produk akan lebih menarik perhatian pembeli jika bungkusan itu dipamerkan dengan kemas dan tersusun. Selain untuk menarik pembeli, ia bertujuan untuk memudahkan pengguna meneliti sesuatu produk tersebut.

Tiada ulasan: